Monday, October 1, 2012

Istana Budaya : Lawak Ker Der 2

On the way to IB show tonite... (@ Menara TH Selborn) [pic]: http://4sq.com/SSDdod

Thursday, September 13, 2012

Radang Tumit dan MC 2 hari

Pelik benar nama sakit ni kan. Ni first time aku dengar. Tp sakit die MasyAllah. Doktor kata paling worst jgn sampai die bernanah. Ngerinya.

Pagi tadi bila nak bangun tido utk pergi kerja rasa sakit sgt nak pijak lantai. Bila pikir kena drive sendiri g ofis dengan keadaan kaki n pinggang yang sakit aku berkira nak g kerja atau tidak.

Terkenangkan pulak kalau la jalan congested pastu dgn kaki sakit mcm ni.. Mau aku benti tepi jalan jugak. At the end x pergi jugak.. Betul tak?

So aku amik decision x pergi kerja sbb nak g check kat klinik. Sampai2 klinik n check up, doktor pun bagi aku mc 2 hari suh restkan muscle n amik ubat.

Rasa berat hati lak x g kerja arini. Maklumla pekerja komited la katakan. Tp akhirnya aku mengalah jugak. Now duk umah n rest je.

Hopefully kaki ku ni cepat sembuh hendaknya. Aminnnn...

Wednesday, September 12, 2012

Made with ♥ Part 1

Bahasa version..

Entry kali ni berkisar tentang hadiah yang paling istimewa yang pernah aku miliki.. Iaitu permata yang terjadi hasil kasih sayang antara aku dan hubby.

Tanggal 2hb Ogos 2007 merupakan detik bersejarah dalam hidup kami berdua kerana lahirnya zuriat pertama kami yang diberi nama Alya Amirah Binti Mohd Adzli.

Saat2 yg ditunggu2 oleh kami berdua muncul jua. Walaupun banyak halangan dan rintangan yang kami berdua hadapi. Namun segala pahit dan bebanan bagaikan hilang dlm sekelip mata dengan kehadiran bayi pertama kami.

Bermula dgn kejadian dimana terhasilnya anak ini sudah tentunya dengan izin dan kurniaan dari Allah Swt serta berkat kasih sayang kami dan segala usaha keras kami. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Hasil kerja keras kami selama 9 bulan dari tarikh pernikahan pada 3hb March 2006 berbaloi. Mungkin sebab kami buat unplanned honeymoon ke Pulau Pangkor, Lumut, Perak sedikit sebanyak membantu proses memiliki cahaya mata sendiri.

Agak pelik jika diberitahu bahawa perkabaran tentang aku 'being pregnant' hanya disedari setelah usia kandungan aku berumur 3 bulan.. Ikut last cycle period la. Itu yg doktor bagitau.
Nak dijadikan cerita, waktu balik kerja aku terjatuh depan ofis di Damansara. Gara2 nak pakai high heels 3 inci punya pasal.. Nah amik ko terjelepuk jatuh.. Tapi still control ayu la sbb ramai org masa tu nak tunggu van sapu.

Sepanjang perjalanan ke rumah dari opis hati aku x henti2 berdegup kencang. Dah minum sebotol air pun dada x redha2 berdenyut laju. Aku makin heran. Sakit tu takde cuma berdebar2 tak sudah.
Sampai rumah pulak hubby xde: outstation ke Lumut. So aku pun rest la kat umah sorang2. Tapi hati ni gatal capai 'pregnancy test kit' yg memang ready stock since aku duduk kl.

Unexpectedly.. 2nd line tu samar2. Aku x la excited sgt sbb sebelum ni mmg aku frust nonggeng bile satu line je yang muncul setiap aku buat UPT. Aku pun call hubby and die kata tunggu die balik outstation baru kita check kat klinik.

Selang beberapa hari tu, dia pun balik. Kami terus pergi klinik kat Seksyen 4 Tambahan, Bdr Baru Bangi. Klinik die apa nama pun x ingatla.. Tp yg penting doktor lelaki.
So tiba la turn aku pi check doctor. Mcm biasa la kena buat UPT.. Lepas tunggu kat luar sampai nurse panggil jumpa doktor semula. Masa menunggu tu mcm2 yg aku pikir.. Sbb sebelum2 ni pernah gak jumpa doktor tp x berhasil. Tak lama tu, nurse panggil and aku dah nak nampak.doktor tu senyum2. Harap2 berita baik kata aku dlm hati.

At last first words yg die sebut ialah 'congrats'. Aku pun biase2 je.. Blurred.. Lepas tu bile die kata aku almost 3 months preggy tu yg aku n hubby mcm x caya. Betul ke doktor ni.. Ke main2 je.. Pastu die suh aku lay down kat bed tu.. Nak scan perut.. Perghh gel tu punya la sejuk.

Then... Saat2 yg ditunggu2.. Ada seketul daging kat dlm womb aku.. Alhamdullillah... Aku mmg sah pregnant... Nak nangis pun ada time tu.. Rasanya menitik jugak la tears aku...

Segalanya mudah bg aku for the first trimester.. Alahan kurang.. Morning sickness pun jarang... Lepas makan terus muntah tu biase la... Cuma satu je yg aku x tahan... Bau perfume Tommy masa enrique iglesias version yg aku belikan untuk hubby. Rasa busuk n loya sangat..padahal aku yg gila2kan bau tu dulu. Sampaikan aku sorok x kasi laki aku sentuh langsung lagikan nak pakai.

Namun, pada usia kandungan aku mencecah 5 bulan. Satu trajedi yang hampir2 meragut nyawa aku, hubby serta bayi dlm kandungan. Kami telah terlibat dlm satu kemalangan ngeri dimana kereta kami telah mengalami kerosakan dan hilang kawalan terus masuk berguling 360darjah. Entah berapa kali pun aku x ingat. .. Terus jatuh ke dalam gaung di Jalan Gua Musang, Kelantan.

Dalamnya umpama 3 batang tiang letrik kat highway tu. Masa tu hujan2 rintik pukul 9.00 malam. Aku ingat lagi masa sebelum tu aku sempat tgk jam kat hp lepas call mak kat Jay Bee.
Bila kereta tu stop berpusing... Sedar2 aku yg tadinya duduk seat belakang entah macam mana bole berpaut pada seatbelt depan and satu badan dah depan dashboard keta. Laki aku plak duk bahagian co-pilot dah tersepit antara cermin depan dan dasboard keta. Mesti korang tertanya2 siapakah pemandu kereta aku masa tu.... Jawapannya : abang kepada laki aku.

Masa dlm keta bukan kami bertiga je.. Ada lagi 2.5 org.. Seorang budak kecik 1 tahun.. Dan ibu sarat mengandung 8 bulan... Iaitu kak ipar laki aku dan anak lelaki die. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat. Orang kata.. tragedi yang menimpa kami mungkin ada yang menolong.. Bak kata orang2 tua.. Malaikat sambut katanya.

to be continued....

Begitulah ceritanya serba sedikit tentang salasilah lahirnya Alya Amirah..


Raining

Its heavily raining outside.. Lightning kept on striking... Wish during daylight it will be sunny.. Poor my hubby n daughter riding to school...



Bedtime

Well now its time to bed... I'm really tired.. Will update more tomorrow. Chiow


Tuesday, September 11, 2012

The Beginning

Salam to all.

Well this is my new blogging spot. Actually i've had another 2 blogging sites which mainly for my business and merapu stories.

However, i've decided to focus more on my daily lifes journey. Its all about me, my husband n my luvly daughter. Plus our surroundings.

Since its been quite some time that i've wasted by deciding to stop blogging due to hectic commitment with families and work.

Well hope you enjoy exploring my blog. Will update as frequently as i can.